ETOIT


#64

Bila? Dimana? Bukan persoalannya.
Selagi kita usaha, tidak putus asa dan sentiasa doa;
Tuhan pasti kasi.
Tuhan mesti bagi.

Asalkan segala yang dia suruh, kita buat. Walaupun kadang-kadang kita liat. Walaupun kadang-kadang tidak berapa sempurna ibadat dan niat. Ingat, di atas sana sentiasa ada yang melihat.

Hidup tak ada yang bahagia sentiasa. Hidup juga tak ada selamanya derita. Kadang kita jatuh kadang kita bangkit, kadang kita bekerja sampai matahari terbit. Walaupun suatu masa nanti kita tersungkur dan tak ada satu tangan pun datang menghulur.

Kita masih perlu;
Sabar.
Percaya.

Kita manusia, ada ujian.
Bezanya kita dengan yang lain kerana iman.

#63

Cinta.

Untuk mendapatkan sebuah cinta, ia memerlukan pengorbanan masa, tenaga dan kesungguhan. Kita sanggup luangkan setiap masa yang kita ada semata-mata untuk memenuhi kehendak seseorang. Tetapi pengorbanan dan usaha itu akan semakin pergi dari hari ke hari.

Manusia tidak akan tahu menghargai sehinggalah mereka pergi. Cinta akan bertambah seronok kalau sama-sama bagi cabaran kerana sifat semulajadi manusia apabila dia dicabar untuk takut hilang akan sesuatu, maka dia akan mula jaga.

#61

Formaliti.

Formaliti ni aku definisikan sebagai satu lingkaran hidup dimana kau takut untuk keluar dari lingkaran. Kalau lingkaran dunia kau macam itu, jadi macam itu la kau perlu ikut. Sebagai contoh, kalau untuk dapatkan kerja kau perlukan sijil paling tinggi, jadi kau perlu belajar paling tinggi. Sebenarnya, kalau kau nak berjaya atau mahukan kerja, tak perlu sijil paling tinggi pun. Asalkan kau kreatif dan berfikiran bagus. Belajar dekat tadika, sekolah rendah, sekolah menengah kemudian universiti adalah satu inisiatif untuk kita menimba ilmu bersifukan seorang guru. Mereka yang tidak belajar, tidak menjadi masalah pun kita belajar bersifukan sebuah buku.

Mentaliti kita masih lagi bersikap terlalu formal. Kenapa perlu takut untuk berada dibawah? Kita cuma perlu takut tak ada cita-cita untuk mahu berada diatas. Fikir dan ambil contoh lain. Keluar daripada lingkaran formaliti. Ubah mentaliti kepada sesuatu yang lebih realiti.