ETOIT


#46

Mungkin kerana aku terlalu mahukan mereka yang pandai menjaga, baik tutur kata, indah paras rupa dan cara yang berbeza, aku jatuh suka pada ramai manusia.

Silapnya mungkin mereka yang datang mengisi setiap kemahuan salah satu darinya. Bukan semua.

Maka dengan itu aku jatuh suka pada kesemua mereka.

Mungkin kerana sikap aku yang terlalu mahu apa yang aku mahu, tanpa aku sedar aku tak menghargai mereka yang sentiasa ada.

Apa aku perlu setiap malam untuk lepaskan seorang demi seorang untuk pergi?
Apa aku perlu jadikan mereka orang asing untuk jauhkan diri?

Jadi bantu aku Tuhan untuk tidak mudah mengasihi lagi.

No comments:

Post a Comment