ETOIT


#49

Pernah tak kau rasa tak kena dengan hubungan kau sendiri? Bila dia mula sayang, kau buat tak tahu. Bila dia buat tak tahu, kau mula nak sayang-sayang. Masa kau buat tak tahu tu kau rasa nak break je dengan dia sebab kau rasa hubungan kau dengan dia tak fun. Kau lepas semua marah, masalah, sunyi kau dekat dia. Dapat pulak pasangan jenis kuat sabar. Kau cakap dia telan. Kau bagi kahak pun dia telan.

Tapi sampai satu masa bilamana dia mula tunjuk dia jugak manusia punya hati dan perasaan, dia mula berbahas. Bila kau lepas marah, dia balas. Sampaikan dia mintak putus, kau iyakan dan lepas.
Percayalah bahawa semua itu semata-semata kerana ego. Bila kau tak dapat apa kau nak, kau hentak-hentak memberontak. Percayalah bahawa semua itu jugak kerana sunyi. Bila masing-masing tak dapat bagi masa untuk dikongsi, kau mula fikir soal meninggalkan pergi.

Kalau selepas putus kau dan dia baik-baik sahaja, putus itu sama-sama mahu. Tapi kalau selepas putus masing-masing mencari, perbalahan tadi cuma kerana terlalu ikut hati.
Jangan bila dia sudah pergi, baru kita tahu menghargai.

No comments:

Post a Comment