ETOIT


#51

Bukanlah kali pertama aku kecewa. Dan bukanlah yang terakhir kali aku rasa duka cita. Kemudian hari pasti akan ada rasa celaka. Cuma aku perlu sentiasa tahu langkah pertama untuk keluar dari kebiasaan mungkin kurang berjaya tetapi lama-kelamaan langkah aku pasti biasa dan selesa dengan celakanya kehidupan.

Untuk setiap satu yang pergi aku tidak akan cari jalan untuk melupakan kerana aku tidak menetapkan sesuatu itu untuk kekal kerana aku pasti ia akan beransur pergi menjadi kenangan sama ada dalam keadaan mati atau meninggalkan.

No comments:

Post a Comment